My LoViNg FaMiLy

My LoViNg FaMiLy

Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T

Diriwayatkan Ali bin Abi Talib ra, Rasullullah SAW bersabda, “Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh tujuh perkara iaitu:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dari makanan yang haram).2. Rahmat Allah SWT sentiasa dekat dengannya.3. Diberi oleh Allah SWT sebaik-baiknya amal.4. Dijauhkan dari rasa lapar dan dahaga.5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.7. Allah SWT akan memberinya kemulian di syurga.


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Ramdhan Al-Mubarahkh

assalamualaikum W.B.T

Tidak terlambat lagi rasanya aku dah ucapkan kepada semua "selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarakh".
hari merupakan ari pertama aku akan berpuasa setelah berniat berpuasa dan juga bersahur yang agaknya telah sempurna n banyak....Alhamdulillah...jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ada yang tidak berkemampuan...mungkin hanya bangun sahur hanya dengan meneguk air sahaja....
aku juga bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang iaitu dengan rezeki yang ada dapatlah aku meneruskan hidup serta dengan umur yang panjang ini dapatlah aku menunaikan ibadat puasa pada bulan ramadhan ini....
pada tahun ini aku berpuasa dengan gelaran pelajar dan berada dihostel...tetapi dalam masa yang sama aku akan balik untuk berpuasa,berbuka dan bersama isteri n anak2 yang tersayang di kg (putrajaya)...aku akan memberi semangat kepada isteri yang menjadikan dugaan yang lebih lagi pada bulan ramadhan ini...pada bulan ini ia akan bertambah penat la aku kira...kerana tambah satu lagi dugaan iaitu untuk bangaun masak untuk bersahur bagi hero aku sorang tu...hero tu thn ni dia cakap nak mula berpuasa...alhamdulillah dapatlah kiranya dia berpuasa habis untuk thn nie...ataupun sebagai latihan setakat mana dia dapat menahan diri drpd makan dan minum serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa...setakat mana dia tahan biaqlah dia berpuasa...latihan untuk masa akan datang...tapi aku akan doakan hero aku n wife aku yang tersayang dapat menempuh dugaan ini dengan hati yang tabah n tenang agar dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna dan mendapat shafaat drpd Allah S.W.T...
inilah menu bersahur aku pada hari ini....Alhamdulillah...
roti gardenia kismis + air milo + buah kurma + air masak ( sorry pc problem untuk upload gambaq )
heheheheheheh

Thursday, August 5, 2010

DaDdY oH DaDdY....






Assalamualikum W.B.T



ari aku sempat gak nak coret2 kat cni...walaupun aku kena ngasuh anak2 ari...tgklah betapa baiknya anak2 ku...sempat juga la aku nak tulis kat cni...



xtvt anak2 aku masa aku yulis ni adalah..



yang along dok buat kerja sekolah dia la...dia la kata...tapi buku tu beli sendiri..takpa lah janji dia mau buat kerja menulis n mengira...



yang adik pulak...bancuh susu bagi kat dia hisap sambil tgk tv...jadi aku boleh la tulis blog yang entah apa2 entah...



ari ni aku ngasuh anak2 lagi....aku minggu ni balik kg(putrajaya)..aku naik bas ptg kemarin n sampai kul 9 mlm tadi...selalunya aku akan balik malam ja...tetapi kemarin aku rasa malas la pulak nak p ko K...takpalah nanti aku bg la apa2 sebabnya....minggu lepas aku tak balik mai kg(putrajaya) tapi aku balik kat kg(konerang)...



bukan apa yang tak balik mai kg(putrajaya) sebabnya adik badik konerang tepon n bgtau buah dokong n moktan dah nak habis dah..jadi depa suh la blk ko nerang mkn buah last2 tu...



jadi aku pun balik gak la...tapi ada juga mission len gak...balik ambik moto aku kat kg tu untuk bawa p USM...



mission aku pun dah tercapai...ambik dah la moto aku tu...sekarang ni aku dok nek kat USM dah la...tapi..ada tapinya juga...semua pak guard dok usha ja...dah la moto tak dak stiker...tapi tak pa la...nanti depa tahan aku bgtau ja la...tapi ada gak yang oknya...aku nak masuk gate sepatutnya kena touch matrik card dulu sebelum masuk..tapi sampai ja moyo aku pak guard tolong buka kat...almaklumlah...heheheeh



nie dia gambaq moto aku hahhahahhah
ni gambaq moto Idaman saja...belum tercapi lagi hasratnya...InsyaAllah suatu hari nanti kot...



ni gambaq moto yang sedang digunakan kat USM...