My LoViNg FaMiLy

My LoViNg FaMiLy

Monday, October 4, 2010

sudah sekian lama...



lama sungguh aku dah tak mengupdate aku punya blog...bukan apa nak kata tak dan bohong la...tapi entahlah idea nak menulis ni kureng ckit kot.....
ni kira hari yg kira teringat nak tulis la kan....ari nie aku ada test LKM400(bm)...test yg sungguh best la kiranya...cikgu msg kat ketua kelas yg katanya dia lambat ckit...cikgu suh pilih tajuk antara tajuk 1 @ 2 buat karangan kertas kerja.....cikgu ckp kalau dia tak mai dlm kul 3.45 kami leh terus buat jer lah karangan tu....tapi kami dah mula awai lagi n siap ngan bincang tuu......tup2 kul 3.55 cikgu masuk kelas...kami pun berlakon terus la mcm baru mula buat....cikgu kami pun tak kisah pun...dia dok kelas tak sampai 10 minit dia ckp nak kuaq plk mesyuarat tak abis lagi...n kami pun terus buat karangan tu...
aku bukannya ada idea pun nak buat karangan tu..tapi kira 2 muka surat penuh gak la....

minggu ni n mgu seterusnya kira minggu sibuk ngan test la...ari ni BM, esok malam statistik n rabu tghari sains politik pulak.....penin jugak la mgu ni...

exam akan bermula 10/11 ni....yg tu la akan bermulanya aku punya paper...ini adalah penilaian aku yg pertama kat USM....
aku berdoa agar aku leh jawab kesemua soalan yang akan datang....


Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T

Diriwayatkan Ali bin Abi Talib ra, Rasullullah SAW bersabda, “Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh tujuh perkara iaitu:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dari makanan yang haram).2. Rahmat Allah SWT sentiasa dekat dengannya.3. Diberi oleh Allah SWT sebaik-baiknya amal.4. Dijauhkan dari rasa lapar dan dahaga.5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.7. Allah SWT akan memberinya kemulian di syurga.


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Ramdhan Al-Mubarahkh

assalamualaikum W.B.T

Tidak terlambat lagi rasanya aku dah ucapkan kepada semua "selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarakh".
hari merupakan ari pertama aku akan berpuasa setelah berniat berpuasa dan juga bersahur yang agaknya telah sempurna n banyak....Alhamdulillah...jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ada yang tidak berkemampuan...mungkin hanya bangun sahur hanya dengan meneguk air sahaja....
aku juga bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang iaitu dengan rezeki yang ada dapatlah aku meneruskan hidup serta dengan umur yang panjang ini dapatlah aku menunaikan ibadat puasa pada bulan ramadhan ini....
pada tahun ini aku berpuasa dengan gelaran pelajar dan berada dihostel...tetapi dalam masa yang sama aku akan balik untuk berpuasa,berbuka dan bersama isteri n anak2 yang tersayang di kg (putrajaya)...aku akan memberi semangat kepada isteri yang menjadikan dugaan yang lebih lagi pada bulan ramadhan ini...pada bulan ini ia akan bertambah penat la aku kira...kerana tambah satu lagi dugaan iaitu untuk bangaun masak untuk bersahur bagi hero aku sorang tu...hero tu thn ni dia cakap nak mula berpuasa...alhamdulillah dapatlah kiranya dia berpuasa habis untuk thn nie...ataupun sebagai latihan setakat mana dia dapat menahan diri drpd makan dan minum serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa...setakat mana dia tahan biaqlah dia berpuasa...latihan untuk masa akan datang...tapi aku akan doakan hero aku n wife aku yang tersayang dapat menempuh dugaan ini dengan hati yang tabah n tenang agar dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna dan mendapat shafaat drpd Allah S.W.T...
inilah menu bersahur aku pada hari ini....Alhamdulillah...
roti gardenia kismis + air milo + buah kurma + air masak ( sorry pc problem untuk upload gambaq )
heheheheheheh

Thursday, August 5, 2010

DaDdY oH DaDdY....






Assalamualikum W.B.T



ari aku sempat gak nak coret2 kat cni...walaupun aku kena ngasuh anak2 ari...tgklah betapa baiknya anak2 ku...sempat juga la aku nak tulis kat cni...



xtvt anak2 aku masa aku yulis ni adalah..



yang along dok buat kerja sekolah dia la...dia la kata...tapi buku tu beli sendiri..takpa lah janji dia mau buat kerja menulis n mengira...



yang adik pulak...bancuh susu bagi kat dia hisap sambil tgk tv...jadi aku boleh la tulis blog yang entah apa2 entah...



ari ni aku ngasuh anak2 lagi....aku minggu ni balik kg(putrajaya)..aku naik bas ptg kemarin n sampai kul 9 mlm tadi...selalunya aku akan balik malam ja...tetapi kemarin aku rasa malas la pulak nak p ko K...takpalah nanti aku bg la apa2 sebabnya....minggu lepas aku tak balik mai kg(putrajaya) tapi aku balik kat kg(konerang)...



bukan apa yang tak balik mai kg(putrajaya) sebabnya adik badik konerang tepon n bgtau buah dokong n moktan dah nak habis dah..jadi depa suh la blk ko nerang mkn buah last2 tu...



jadi aku pun balik gak la...tapi ada juga mission len gak...balik ambik moto aku kat kg tu untuk bawa p USM...



mission aku pun dah tercapai...ambik dah la moto aku tu...sekarang ni aku dok nek kat USM dah la...tapi..ada tapinya juga...semua pak guard dok usha ja...dah la moto tak dak stiker...tapi tak pa la...nanti depa tahan aku bgtau ja la...tapi ada gak yang oknya...aku nak masuk gate sepatutnya kena touch matrik card dulu sebelum masuk..tapi sampai ja moyo aku pak guard tolong buka kat...almaklumlah...heheheeh



nie dia gambaq moto aku hahhahahhah
ni gambaq moto Idaman saja...belum tercapi lagi hasratnya...InsyaAllah suatu hari nanti kot...



ni gambaq moto yang sedang digunakan kat USM...

Wednesday, July 28, 2010

MiNgGu YaNg PeNuH dEnGaN kElAs




Assalamualaikum W.B.T




Haaa...dah tua2 baru nak ngaji...dulu org suruh sambung ngaji tak nak....lani bila otak dah tumpul baru la nak ngasahnya balik....ini ungkapan yang bermain didalam hati...


tapi dengan tekad dan harapan untuk masa depan cakap2 hati yang sedemikian patut diketepikan...itu sebagai motivasi didalam diri....


Minggu ni kira cukup dengan cabaran...bermulalah kelas yang penuh n termasuklah kelas tutorial yang diambik mengikut keperluan yang dikehendaki....aku kira ambik kelas tutorial ni sama ngan geng yang seangkatan la...bukan apa ngaji la ni kena ngan group...kalau ada apa2 masalah yang berkaitan senang dirujuk...almaklumlah geng lama2 katakan...selain tu senang diberi tumpuan oleh para2 pendidik agar dapat memberi penerangan secara lebih detail ckit pada kami...


ngaji la ni tak macam aku ngaji kat poli dulu...dulu kira sempoi ja....takdak la pening mcm la ni rasanya...mungkin dulu masih muda kot.....zaman dah berubah tapi aku pun ada perubahan yang positif gak la....tu yang aku sambung belajaq tu...hhahahhahahh


selalunya ari jumaat hari yang free bg aku....tapi minggu nie ada pulak taklimat pelajar...tapi mtaklimat tu pun bukan selalu ada pun...minggu atau bulan yang tertentu ja ada....kira ok gak la...boleh dpt info terkini mengenai school n USM sendiri....


tapi aku masih dalam dilema gak ni nak blk kg kat putrajaya ka ataupun kg kat kola nerang....sebabnya ari isnin tak dak kelas la plak....jadi cuti 3 ari gak ni....takpalah tgk la nanti cmana nak buat keputusannya.....


ari gak phone aku yang dulunya prepaid dah bertukar ke postpaid...nak try pulak mcana best ka tak...org kata untung kalau dok jauh2 pakai 1+5 ni....aku buat juga sebabnya leh pakai no yg lama aku tu....kalau tak jgn harap la aku nak tukaq....ari aku try call dengan kadar yang lebih ckit dr biasa...sebab nak tgk perubahan bill nanti....makin naik ka menurun....


oklah aku pun tak dak apa2 sgt nak tulis dlm aku punya blog la..ni pun kira dok merapu gak la nie....aku buat blog ni pun satu hal untuk melatih aku membuat karangan dan memperbetulkan ayat2 bg pembelajaran....satu cara untuk mengasah minda bg memperbanyakkan bacaab n penulisan...dulu kerja dok menulis ckit2 saja....membaca pun hanya paper n dosir(laporan semasa kerja) tu pun hanya semak setelah ditulis.....ni adalah salah satu caranya....perkara ini telah dimaklumkan oleh pakar2 kat usm yang mengatakan mesti memperbanyakkan penulisan n bacaan......untuk makluman saja....




Kata-kata Nabi.....


Apabila kamu benar2 bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana diberikanNya rezeki kepada burung2. Mereka keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang.


(direkodkan oleh Tirmizi)


Thursday, July 22, 2010

Assalamualaikum W.B.T
Ari ni aku berada pulak di kg halamanku(kira kg gak la walaupun putrajaya)...aku balikpulak sebab tak jadi p Pimpin Siswa anjuran USM....aku malas nak p sebab gena g ngan budak2 la...kalau kena g ngan rakan sebaya ok gak la....
lagipun aku lebih suka blk kg...sebab leh tgk anak2 n bini stelah ditinggalkan seminggu....
bila aku ada bersama depa aku rasa sgt bahagia...leh main2, gelak2 n gaduh2 ngan depa...
selain tu dpt meringankan beban bini yang setelah penan melayan kerenah depa seminggu dengan seorg diri...kalau aku ada sedikit sebanyak leh bahagi kerja.....
pengorbanan bini aku sgt banyak dengan menjaga anak2 disamping bekerja seharian...
diharap bila aku blk dpt menceriakan dan mambantu dlm bebrapa ari ni utk melayan kerenah anak2....
apa2 pun aku sangat menyayangi dan mengasihi isteri dan anak2....walaupun aku berjauhan tetapi dihati ini tetap mengingati depa selalu....hanya tuhan yg tahu....aku pergi adalah untuk masa depan kami bersama bagi lebih bermakna dan menambah pendapatan keluaga kelak....

i love my family......................

Monday, July 19, 2010

Kelas tutorial belum bermula...masih rileks lai la....

gambaq keluargaku yang amat kukasihi dan disayangi....



Assalamualaikum W.B.T



permandangan USM dr bilik aku........

Selamat tengahari...hari bangun dah lewat dah...lepas subuh tido balik sampai kul 10pg...




ari nie pagi tak de kelas lai...petang baru ada tu pun kul 3...letih berehat kat dlm bilik...




masa kat bilik ni asyik dok ngadap pc nie jer la...search sana sini cari bahan pelajaran...mengembangkan ilmu pengetahuan secara siber...dalam dok asyik mencari bahan tu sempat la juga dok chat-chat nagn kengakawan n juga abg aku...ngan abg aku sembang pakai skpe la...tu la zaman dah canggih ni maca2 leh buat...
I/C bagi mengesahkan aku seorang pelajar USM.....



dalam masa yang sama didalam kepala otak ni masih bergusar lagi mengenai masa depan aku, keluarga dan juga kerjaya....semuanya perlu difikirkan...penin juga la...ni kira masih baru 3 minggu bukan 3 thn lai....tapi apa2 pun aku setiap hari berdoa dan akan terus berdoa agar diberi kerdhaan dari Allah untuk meneruskan hidup yang mendatang dengan selamat dan berjaya.....

kerjaya aku sebagai Inspektor dan Pegawai Parol Daerah.............


bagi aku untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup dan kerjaya mestilah dilalui dengan pengorbanan....sampai bila aku harus berada ditahap yang biasa yg telah aku lalui selama ini..aku juga ingin maju setapak lai kehadapan....maka dengan itu aku meneruskan study kat cni....USM>>>>

Melangkah setapak lagi di dalam ilmu ICT....


Assalamualaikum W.B.T....

Pembuka kata dengan lafaz yg mulia...

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi aku kerana buat kali pertamanya aku akan memulakan segala diary dan perkara2 yang berpengetahuan mengenai penagalaman, sejarah hidup serta segala macam sekiranya aku rasa perlu diletakkan didalam blog ni...

Idea ini tercetus setelah balik dari kelas Bahasa Melayu IV tadi....apabila aku berjalan seorang diri tanpa kengkawan, aku gterpikir lak nak buat blog bila balik bilik nanti...

Jadi sesampainya aku dibilik aku terus buka PC n terus kodek2....aku nie bukan la pandai sgt tentang benda2 ICT ni...tapi kira boleh gak la...kalau ada sesapa yang lebih maju setapak dari aku ini cuba2lah bantu insan yang kurang berpengalaman mengenai blog ni yer...

nie kira kali permulaan biarlah setakat ini dulu...chow chin chow....