Lama dah tak menulis nie..last tahun lepas aja..lepas Nur Aisyah Syafiyah lahir...la nie adik dah besaq dah...nie ada gambaq terbaru adik n family dah...
semester nie amat letih ckit ngan satu paper nie...
My LoViNg FaMiLy
Sunday, May 20, 2012
Saturday, November 12, 2011
perghhh..sungguh lama aku tak tulis kat dalam blog ni..bukan ada apa..malas nak buka n menulis..di cni byk akau nak tulis tapi malas nak mengarangnya..
.tapi ak
u nak tulis yg paling penting2 ajalah..
pertama..
pada 1 Okt 2011 aku dapat anak lagi sorang..aku dapt baby girl..nama dia Nur Aisyah syafiyah..
kedua..
kesian kat baby..batuk n kahak sampai admit wad sampai 5 ari..masuk kat sepital besaq png..jenoh gak la dok jaga kat sana..abis along n angah kena antaq p umah Mama Chik..mujuq la along dah abis peksa...
ketiga....
perkara yang boleh tak diduga..aku balik ari raya haji kat kg "balik ari aja"...sebabnya anak pun tak berapa nak chat n anak beranak kat sana pun tak chat gak..takut pakat2 berjangkit...
gambaq len tak dak kat laptop la pulak nak download...
nanti la pulak boh gambaq yer...
Thursday, June 23, 2011
6 bulan sudah
hari nie x dak gambo la..
just nk story skit kisah terkini aku...
tadi pi checkup kat klinik... terkejuit aku.. dlm masa sebulan berat aku naik 2.8kg...
hahaaaa..... lepas nie kena diet la... nurse dah warning... kalau bulan depan naik byk mmg aku kena ulang alik 2 hari sekali la ke klinik... takut ada diabetes...
lagi satu.. aku dapat mc 3 hari sebab... kaki aku terpelecok... sakit urat... bengkak...
so, rehat la kat umah 3 hari... petang nie plan nk balik kg... lepas ammar balik sekolah la....
durian dah mula luruh.. rambutan pun start masak dah...
fuhhhh balik kg kena kurangkan mkn nasi... mkn buah2 jer la nmpknya....
x sabaq nk balik kg aihhh....
nanti updated lagi... caaauuuuu
Monday, June 20, 2011
Sekitar 5 bulan..
Assalamualaikum W.B.T.....
Lama sungguh aku tak tulis kat blog aku ni...bukan ada apa...cuma malas ja nak tulis2 ni....maklumlah dulu masa dok sengsorang kat hostel tu rajin la juga....la ni dah leh dok ngan family balik jadi malas la nak tulis2 ni...
Bermula dari 3/5 ari tu aku dah mula cuti semester.kali ni cuti pjg sgt sampai la bln 9 nanti...pada mulanya aku ingat nak kerja sementara ngan member aku Din yg buka bizness sendiri.tapi mamandangkan dok cari org antaq n ambik ammar kat sekolah tak dak la pulak....yang adapun hanya leh antaq ke sekolah ja...tapi tak leh ambik awai utk ammar ke kelas Tasmik..jadi hajat aku pun tak kesampaian utk bekerrja..
Jadi sekarang ni aku bekerja la kat umah sebagai suri rumahtangga sepenuh masa merangkap penagsuh Ammirah yg sudah tak antaq kat taska..Rutin harian sekarang bgn pagi kalau bini masak tlg panaskan n hidangkan utk Ammar, kalau tak masak kuaq beli.lepas tu antaq dia g sekolah n lepas tu duduk la ngan anak pompuan aku yg sorag tu..kenkakadang kuaq g jalan2 ngan Ammirah utk beli brg umah ckit2..
Dalam bulan 4 ari tu juga aku sempat gak g jln2 kat Sarawak bersama keluarga aku n mak mentua.kami g ngan Firefly ja selama 3H 2M..seronok la g kat sana utk shoping...byk gak tempat kami g kat sana antaranya Pasar satok (beli ikan terubok), Serikin( tempat beli brg2) n byk lagi la tempat yg kami p...dah ytak ingat dah la..
Disepanjang beberapa bulan nie byk juga perkara yg berlaku antaranya...aku la ni leh dikatakan kerap juga la balik ke kg...cuma ari tu ja la yg lama ckit pada bulan 4 sebab dok tgh exam..tapi la ni lagi la nak kerap balik sebab dah musim buah durian luruh..buah moktan dah masak...2 thn lepas aku kurang la makan buah durian kat kg..maklumlah dok jauh..nak balik tu jrg juga la..
Tuesday, January 25, 2011
Aktiviti 1 bulan kat Penang....
Alhamdulillah....
Masih lagi mempunyai kesempatan pada tahun baru ini untuk menulis di dalam ruangan ini walaupun sudah lama aku tidak menulisnya...
Aku bukan tak berkesempatan tetapi memandangkan aku ni agak mals utk menulis tu la pasal ruangan aku ni sudah lama ditinggalkan...
Aku disini nak memaklumkan bahawa semalam 25.01.2011 genaplah sebulan aku n family berpindah ke Penang...bini aku dah dapat tukaq mai kerja kat pejabatnya di Sberang jaya...
Aku n family tinggal kat dalam Rumah Keluarga USM, jadinya bini
aku la yang kena berulang setiap ari ke tempat kerja...bukan aku ni tak kesian kat dia tetapi kesepakatan rtelah dibuat dan dipersetujui sebabnya leh la aku ulang alik antaq anak2 ke sekolah...
kalau dok dekat ngan tempat kerja dia di seberang kesian kat dia kena p mai p mai balik ambik n antaq anak sekolah pulak...
Sem ni aku punya kelas kiranya tak Pack sangat la...kiranya untuk
antaq anak2 ke sekolah tu tak dak hal lah....
anak aku yg sulung tu sekolah kat sebelah ngan USM ni ja...kalau nek moto tu lebih kurang 5 init pun tak sampai rasanya...ammirah pun kiranya taska dia pun dekat ja ngan sekolah along...tapi aku kena ulang alik ambik diorang 8 kali gak la ari2 tu....Tapi tak pa dah tanggungjawab sebagai seorang Ayah katakan....
Sepanjang sebulan aku dok kat cni marata gak la aku dah p..
..anataranya masa bulan 12 ada pesta Penang...mau tak mau kena p gak la...dah permintaan anak2 n wife...lagipun kami satu family pun dah lama tak pi pesta tu...rasanya last pun thn 2005
dulu...masa tua ada ammar je la...ammirah tak dak lai...kiranya kali ni kami p 4 org la....kat sana apa lai budak2 tumcm2 mainan dia nak naik..tapi aku terpaksalah men juga mainan tu..tapi tak la semua...tu walaupun tak semua abislah juga 30 hinggit duit aku...tak pa bukan selalu n tak semestinya pergi tu leh main....

Pintu masuk ke Tapak Pesta Penang

Main kereta belaga

Nek la keta kuda ngan anak2...tapi mak depa kena berdiri jer la...

Antara pemandangan permainan yg ada kat Pesta Png
Dalam masa sebulan ni juga aku dah g ke Rope Walk....berjalan2 cuci mata bersama family...kiranya p sana 2 in 1 la...bersarapan n jalan2...
Selain tu aku n family kalau pasai jln2 ni kiranya no 1 la...kiranya tempat2 mkn kat penang yg kiranya dulu2 antara tempat feveret kami kiranya dah p balik la...antaranya char koey teaw kat sunshine, kedai makan kat tokong ulaq n etc la...
selain tu tempat2 shoping pun kira dah g semua yg dekat area bayan lepas ni...antaranya sunshine, QB mall, giant n tesco ni jgn dok kata apa2 la...dah jadi tempat shoping selalu la sebab beli keperluan dapoq...
Dalam masa sebulan ni juga lah kiranya semua family aku n bini aku yg terdekat dah sampai umah aku termasuklah ayah aku...kiranya yang tak sampai lagi abg aku sorang n kakak ipaq n adik ipaq aku yang semuanya dok kat kl nun sana...(tempat aku dok dulu la....hehehheh)
dalam masa sebulan ni juga lah aku sempat juga g ke Putrajaya pada 12.1.2011...p balik ari jer la...p sana sebab ada appointment Along kat sepital Putrajaya....Alhamdulillah lepas ni takyah g dah sebab dah refer ke sepital Penang pulak....
Dalam masa sebulan ni juaga aku n family dan lagi p berkelah ke tempat kami dulu2 suka p la iaitu tanjung asam....tempat dia best mcm dulu2...

dalam masa sebulan ni juga la kami sempat utk balik kg menziarahi family kat kg...kiranya kalau dok dekat2 ni senag la kalau nak balik kg kan...yg ni juga la anatara agenda berpindah ke Penang...Alhamdulillah
Tu lah sereba sedikit pasai cerita sebulan kat penang dari 25.12.2010 hingga 25.01.2011....mungkin ada ckit cerita tertinggal tu kira halal lah....nak cerita semua tak dan pulak nak mentelaah ckit opasai kerja sekolah pulak...huhuhhehhehhheh
Monday, October 4, 2010
sudah sekian lama...

ni kira hari yg kira teringat nak tulis la kan....ari nie aku ada test LKM400(bm)...test yg sungguh best la kiranya...cikgu msg kat ketua kelas yg katanya dia lambat ckit...cikgu suh pilih tajuk antara tajuk 1 @ 2 buat karangan kertas kerja.....cikgu ckp kalau dia tak mai dlm kul 3.45 kami leh terus buat jer lah karangan tu....tapi kami dah mula awai lagi n siap ngan bincang tuu......tup2 kul 3.55 cikgu masuk kelas...kami pun berlakon terus la mcm baru mula buat....cikgu kami pun tak kisah pun...dia dok kelas tak sampai 10 minit dia ckp nak kuaq plk mesyuarat tak abis lagi...n kami pun terus buat karangan tu...
aku bukannya ada idea pun nak buat karangan tu..tapi kira 2 muka surat penuh gak la....

minggu ni n mgu seterusnya kira minggu sibuk ngan test la...ari ni BM, esok malam statistik n rabu tghari sains politik pulak.....penin jugak la mgu ni...
exam akan bermula 10/11 ni....yg tu la akan bermulanya aku punya paper...ini adalah penilaian aku yg pertama kat USM....
aku berdoa agar aku leh jawab kesemua soalan yang akan datang....
Wednesday, August 11, 2010
Fadhilat Bulan Ramadhan
Assalamualaikum W.B.T
Diriwayatkan Ali bin Abi Talib ra, Rasullullah SAW bersabda, “Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh tujuh perkara iaitu:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dari makanan yang haram).2. Rahmat Allah SWT sentiasa dekat dengannya.3. Diberi oleh Allah SWT sebaik-baiknya amal.4. Dijauhkan dari rasa lapar dan dahaga.5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.7. Allah SWT akan memberinya kemulian di syurga.
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Subscribe to:
Posts (Atom)